Bayi 0-3 bulan hanya mampu melihat dalam jarak sekitar 8-15 inci sahaja. Iaitu sekitar jarak wajah ibu ketika ibu pangku anak semasa menyusu.
Warna yang dapat di lihat bayi newborn juga adalah dari kumpulan warna terang sahaja seperti merah, jingga ,kuning dan hijau. Bayi perlu lebih masa untuk melihat warna-warna yang kurang cerah seperti biru dan violet(ungu) kerana jalur gelombang warna-warna tersebut yang pendek sedangkan pengesan warna (color receptors) dalam retina bayi masih terhad.
LEBIH PENTING, jumlah cahaya yang di perlukan oleh bayi 1 bulan untuk nampak bahawa adanya cahaya ialah 50X ganda dari yang di perlukan oleh orang dewasa! (light detection threshold)


Dalam 7 'primary senses' bayi : sentuh, rasa, hidu, lihat, dengar, bergerak dan tekanan/regangan (pressure/stretch), PENGLIHATAN ADALAH SATU-SATUNYA DERIA YANG TIDAK DI RANGSANG SEMASA DI DALAM RAHIM. Kerana:
1. Rahim gelap akibat cahaya yang masuk sangat sedikit. Ibarat berada di dalam bilik yang tidak di buka lampu dan di rapatkan langsir. (Psychologist Vincent Reid from the University of Lancaster: UT Southwestern Medical Center) .
2. Kelopak mata bayi hanya mula terbuka sekitar usia 26-28 kehamilan.
MAKA, sepertimana bayi perlu berlatih menggunakan otot kaki dan tangan untuk pandai merangkak dan berlari, bayi juga
perlukan masa untuk berlatih menggunakan matanya


Pendek kata, bayi 0-3 bulan berusaha keras belajar untuk:




Jadi macam pula anak kecil nak lihat dan faham
yang selalunya di katakan suka berpusing-pusing ,terbang dan muncul-hilangkan diri ? Percayakan
syaitan dan benda ghaib itu wajib. Namun JANGAN lah sikit-sikit terus nak salahkan hantu saja.


Writer: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI
Original Source: https://www.facebook.com/photo?fbid=640966440728855&set=a.310828583742644